Wednesday, 10 December 2014

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DALAM PROGRAM PEMBANGUNAN ATLET







GGGE2153
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KUMPULAN 6

TAJUK:
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DALAM PROGRAM PEMBANGUNAN ATLET
DISEDIAKAN UNTUK:
MEJAR MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN
 DISEDIAKAN OLEH:
 AMELLYINN SINDOT SELUMIN                        (A143789)
NURSAHIDAH BT RAZALI                                  (A143801)
SITI NUR ATHIRAH BINTI MANSOR                 (A143802)
NURUL SOFIAVIE BT NADZRI                           (A143806)
MOHD SYAFIQ BIN HAMZAH                            (A143805)
AHMAD FAUZAN BIN AB MALIK                     (A146743)
NOOR AFIF BIN AHMAD SAUFEE                     (A143740)

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DALAM PROGRAM PEMBANGUNAN ATLET

1.0 Pengenalan
Penglibatan atlet dalam bidang sukan sering dikaitkan dengan kemudahan infrastruktur yang mudah didapati dalam program pembangunan atlet. Dalam program pembangunan atlet, kemudahan infrastruktur  sangat penting bagi memastikan prestasi latihan atlit sentiasa pada tahap yang tinggi. Bagi meningkatkan mutu sukan Negara, kemudahan infrastruktur yang lengkap sangat memainkan peranan yang penting kepada atlet terutamanya golongan mahasiswa yang meningkatkan prestasi sukan mereka sendiri.

            Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, infrastruktur bermaksud kemudahan atau perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan,kesihatan, bekalan elektrik, dan air untuk membangunkan sesuatu masyarakat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula telah memberikan dua definisi iaitu,
1.      Struktur asas sesuatu organisasi, sistem dan sebagainya.
2.      Kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan, bekalan kuasa elektrik dan pelbagai kemudahan yang lain yang diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah masyarakat, negara, organisasi dan prasarana.
Sukan merupakan segala aktiviti yang diinstitusikan secara kompetitif melibatkan penggunaan tenaga dan kemahiran fizikal yang kompleks, dimana penglibatan seseorang itu didorong oleh gabungan kepuasan dalaman lalu dikaitkan dengan ganjaran luar yang diperolehi melalui sukan itu.Menurut Dewan Edisi Keempat pula, sukan bermaksud segala jenis aktiviti latihan gerak badan dan permainan seperti bola sepak, dan berenang dan lain-lain yang memelukan tenaga dan ketangkasan.
            Infrastruktur Sukan pula boleh diertikan pembinaan kemudahan sukan. seperti Untuk menjadikan sesuatu sukan itu berjaya, kita perlu mempunyai lebih banyak infrastruktur. Bagaimana kita mahu maju dan membangunkan sukan ke tahap yang tinggi kalau tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap dan dan banyak yang kurang.
            Pembinaan kemudahan sukan bertaraf antarabangsa disetiap universiti sangat memberi impak terhadap golongan mahasiswa terutamanya atlet sukan. Infrastruktur yang moden seperti stadium bola sepak yang besar, kolam renang bersaiz olimpik, gym,trek,bertaraf dunia, dapat membiasakan atlet kita menyesuaikan diri dalam pertandingan yang dipelbagai peringkat.Latihan yang kerap tidak sistematik turut mampu dilaksanakan sekiranya universiti mempunyai kemudahan sukan yang bertaraf dunia. Hal ini sekaligus dapat memberi peluang kepada semua mahasiswa melibatkan diri dalam bidang sukan seterusnya dapat meningkatkan kualiti sukan Negara.
            Kemudahan sukan ini, bukan sahaja mampu menyediakan tempat berlatih yang baik tetapi kemudahan sukan ini juga turut memberi peluang kepada setiap universiti yang menjadi tuan rumah dalam acara sukan. Dengan kemudahan yang tersedia ini mampu menarik golongan mahasiswa untuk melibatkan diri dalam bidang sukan. Persaingan yang dihadapi oleh atlet sukan yang datang daripada latar belakang yang berlainan sudah pasti amat sengit kesan daripada latihan yang mencukupi dengan kemudahan yang disediakan.





3.0  Objektif kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah:
·         Mengenalpasti pengaruh infrastruktur dalam Pembangunan atlet terhadap prestasi atlet UKM
·         Mengkaji sejauhmana tahap kemudahan infrastruktur dalam program pembangunan atlet di UKM
·         Menilai tahap kemudahan infrastruktur dalam program pembangunan atlet di UKM.

4.0  Persoalan kajian
Kajian yang dibuat ini adalah cuba untuk menjawap persoalan yang berikut:
·         Adakah program pembangunan sukan di UKM mampu mempengaruhi prestasi atlet?
·         Adakah pihak UKM memberikan penekanan terhadap pembangunan sukan kepada atlet?
·         Adakah tahap infrastruktur dalam program pembangunan atlet di UKM sudah mencukupi?

5.0  Kepentingan Kajian
Menerusi kajian yang dijalankan ini, diharapkan mahasiswa/i menyedari kepentingan kemudahan infrastruktur dalam meningkatkn prestasi atlet. Selain itu, pihak yang bertanggungjawap sepatutnya menyedari bahawa atlet memerlukan kemudahan infrastruktur dalam setiap jenis sukan dalam meningkatkn lagi prestasi mereka.
Kajian ini juga diharapkan dapat mengenalpasti dan menyelesaikan sebahagian daripada masalah yang dihadapi oleh para atlet serta pihak berkuasa UKM dalam meningkatkan prestasi atlet UKM sendiri. Hal ini amat perlu sebagai langkah persediaan untuk menyediakan atlet yang berdaya saing dan mampu.
Selanjutnya, penyelidik mengharapkan agar hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada pihak Sukan dan atlet dalam menjayakan dan meningkatkan mutu mutu sukan serta prestasi atlet dalam bidang sukan masing-masing. Secara langsung ianya dapat membetulkan dan membawa atlet ke arah pencapian yang lebih tinggi  supaya dapat meningkatkan kecemerlangan dan kejayaan mereka dalam bidang sukan masing-masing. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan untuk pengkaji mengenalpasti strategi dalam meningkatkan dan menambahbaikkan kemudahan infrastruktur dalam program pembangunan atlet dan seterusnya dapat mengemukakan cadangan dan pendapat supaya para atlet mendapatkan kemudahan dalam program sukan tahap tinggi. Disamping itu juga, pihak sukan UKM dapat menyediakan langkah-langkah dalam menambahbaikkan infrastruktur yang sedia ada dan mampu menyediakan program sukan yang terbaik terhadap atlet UKM sendiri.


6.0  Metodologi Kajian
6.1  Pensampelan
Sampel kajian merupakan mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia yang terdiri daripada 30 orang pelajar. Cara pemilihan sampel kajian adalah secara rawak iaitu terdiri daripada beberapa atlet dalam bidang sukan yang diceburi masing-masing.

6.2  Instrumen kajian
Instrumen kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah borang soal selidik. Dalam borang soal selidik tersebut terdapat empat bahagian iaitu bahagian A, bahagain B, bahagian C, dan bahagian D. Bahagian A adalah mengenai latar belakang responden, bahagian B mengetahui pengetahuan mahasiswa/i terhadap kemudahan infrastruktur dalam program pembangunan atlet di UKM  , manakala bahagian C ialah mengetahui penekanan pihak UKM terhadap kemudahan infrastruktur dalam program pembangunan atlet UKM. Bahagian D pula adalah menilai keberkesanan kemudahan infrastruktur sukan dalam program pembangunan atlet di UKM.

6.2.1        Bahagian  A – ( Latar Belakang Responden )
Bahagian A bertujuan untuk memperoleh data demografi sampel kajian.
           Jantina
           Umur
           Kaum
           Bidang sukan yang diceburi


6.2.2        Bahagian B – ( Persepsi Mahasiswa/i terhadap kemudahan infrastruktur yang ada di UKM)
Bahagian B adalah untuk melihat persepsi atlet terhadap kepentingan infrastruktur dalam program pembangunan sukan di UKM sama ada mendapat respon yang positif atau negatif. Jawapan yang diberikan ialah men

·          Peralatan sukan di Pusat Sukan UKM mudah untuk diperolehi
·         Keselamatan menggunakan kemudahan infrastruktur sukan di UKM adalah terjamin
·         Kemudahan infrastruktur sukan di UKM berkait rapat dengan prestasi atlet
·         Kekurangan kemudahan infrastruktur sukan di UKM menjejaskan prestasi atlet
·         Pernahkah anda menggunakan kemudahan infrastuktur sukan yang disediakan

6.2.3        Bahagian C – (Tahap penekanan terhadap kemudahan infrastruktur dalam program pembangunan sukan kepada atlet UKM)
Bahagian C pula adalah untuk memantau sejauh manakah peranan Pihak UKM dalam meningkatkan infrastruktur dalam program pembangunan sukan atlet. Jawapan yang diberikan ialah Sangat Setuju, Setuju, kurang setuju, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju.
·         Pihak UKM telah menyediakan kemudahan infrastruktur yang mampu meningkatkan program pembangunan sukan di UKM
·         Pihak UKM sentiasa membuat penyelenggaraan terhadap kemudahan infrastruktur demi menjamin kualiti program pembangunan atlet di UKM
·         Pihak Sukan UKM telah menaiktaraf kemudahan infrastruktur sukan setara dengan kemudahan kelas pertama
·         Pusat Sukan UKM sentiasa menambah jumlah peralatan sukan mengikut kesesuaian atlet
·         Infrastruktur kemudahan sukan di UKM sentiasa menjadi keutamaan kepada mahasiswa/i di UKM
·         Pihak sukan UKM memberi peluang kepada mahasiswa/i menggunakan kemudahan infrastruktur sukan yang disediakan

6.2.4        Bahagian D- ( Penilaian Terhadap kemudahan infrastruktur dalam program pembangunan sukan atlet di UKM)
Bahagian D seterusnya adalah untuk menilai tahap sebenar kemudahan infrastruktur yang disediakan untuk program pembangunan sukan atlet di UKM.Jawapan yang diberikan adalah YA atau Tidak sahaja.
·         Infrastruktur kemudahan sukan di UKM sudah mampu mencapai tahap kepuasan kepada mahasiswa/i UKM
·         Infrastruktur kemudahan sukan di UKM masih perlu diperbaiki bagi meningkatkan pembangunan kepada atlet UKM
·         Pihak UKM perlu mengambil alternatif daripada Institusi yang lebih maju dalam meningkatkan infrastruktur kemudahan bagi meningkatkan pembangunan sukan pada tahap yang tertinggi
·         Kemudahan yang sedia ada mampu melahirkan atlet berprestasi tinggi
·         Kemudahan infrastruktur sukan yang ada di UKM merangkumi semua jenis sukan
·         Adakah prestasi atlet meningkat sekirannya kemudahan infrastruktur sentiasa diselenggara



7.0  Reka Bentuk Kajian
7.1  Kaedah Kuantitatif
Reka bentuk kajian ialah dengan menggunakan kaedah kuantitatif merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan analisis statistik, ia lebih bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada istilah "kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti merujuk kepada bilangan yang diskrit, yang dinyatakan dengan tepat.

Berdasarkan kepada istilah kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah penyelidikan inkuiri positif dimana penyelidikan dilakukan melalui kajian eksperimental dan data numerika yang dipungut dianalisis dengan ujian statistik. Melalui penyelidikan kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis

Kaedah ini mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah segala data yang dikaji senang diurus kerana ia dapat dikategorikan dalam bentuk nombor. Kesimpulan yang dibuat juga adalah lebih tepat dan mempunyai darjah penerimaan yang lebih tinggi kerana ia dapat dibuktikan menggunakan kaedah pengiraan.

Dalam kajian ini, analisis kuantitatif diperolehi daripada hasil pengumpulan borang soal selidik. Data yang diperolehi akan dikumpul, direkod, dianalisis, dan disimpulkan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah faktor analisis dan kaedah statistik asas


Objektif kajian
Persoalan kajian
Item soalan selidik/ temu bual
Kaedah analisis data
Dapatan kajian
Objektif 1
Persoalan kajian1



Mengenalpasti pengaruh infrastruktur dalam Pembangunan atlet terhadap prestasi atlet UKM


Adakah program pembangunan sukan di UKM mampu mempengaruhi prestasi atlet?


Bahagian B
( soalan 1 - 6)

SPSS

Ya = 150
Tidak = 30


Objektif 2

Persoalan Kajian 2




Mengkaji sejauhmana tahap kemudahan infrastruktur dalam program pembangunan atlet di UKM

Adakah pihak UKM memberikan penekanan terhadap pembangunan sukan kepada atlet?

Bahagian C ( soalan 1 – 6 )

SPSS

Sangat tidak setuju = 28
Tidak setuju =  38
Kurang setuju =  53
Setuju = 29
Sangat  setuju =  31




Objektif 3
  Persoalan Kajian 3



Menilai tahap kemudahan infrastruktur dalam program pembangunan atlet di UKM.            

Adakah tahap infrastruktur dalam program pembangunan atlet di UKM sudah mencukupi?



Bahagian D
 ( soalan 1 – 6 )



SPSS



 Ya = 96
Tidak = 84

.

8.0  Dapatan Kajian
Elemen Dalam Model Saale
Komponen
Dapatan Kajian
Adaptasi persekitaran





















Sosioemosi – Sikap Mahasiswa/i
Sikap pelajar tentang kemudahan infrastruktur adalah mahasiswa/i   mempunyai persepsi bahawa kemudahan infrastruktur amat penting pada masa kini terutamanya dalam program pembangunan atlet dan  mahasiswa/i   tahu bahawa melalui penyediaan kemudahan infrastruktur yang lengkap kepada atlet secara langsung dapat meningkatkan mutu sukan para atlit tersebut. Mahasiswa/i mempunyai persepsi bahawa sesoarang atlet mampu meningkatkan prestasi sukan dengan adanya kemudahan infrastruktur yang lengkap disediakan. Mereka memperolehi banyak manfaat terutamanya dalam penggunaan infrastruktur yang disediakan secara percuma oleh pihak UKM. Contohnya menyediakan gelanggang permainan yang mudah digunakan oleh mahasiswa khasnya atlet pada bila-bila masa. Mahasiswa/i  juga berpendapat bahawa kekurangan kemudahan infrastruktur akan menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan latihan yang sewajarnya. Mahasiswa/i sangat bersetuju bahawa kemudahan infrastruktur yang disediakan sangat membantu dalam program pembangunan sukan atlet. Oleh itu, mereka sedar bahawa pentingnya penyediaan kemudahan infrastruktur yang lengkap dalam program pembangunan sukan atlet mampu memberi kelebihan dan manfaat kepada diri mereka seterusnya dapat membantu meningkatkan mutu sukan di Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri dan seterusnya mutu sukan negara ini. Para Mahasiswa/i juga mengharapkan agar kemudahan infrastruktur yang sedia ada sentiasa di selenggara dan diberi perhatian agar semua atlit dapat meningkatkan prestasi diri mereka untuk menguasai bidang sukan masing-masing.

Sosioemosi – Kemahiran sosial
Mahasiswa/i sangat bersetuju bahawa sebagai seorang atlet, mereka perlu diberi keutamaan dalam menggunakan kemudahan infrastruktur sukan yang disediakan. Walaupun begitu, terdapat segelintir daripada mereka yang tidak sedar akan kewujudan sesetengah kemudahan infrastruktur yang disediakan. Namun mahasiswa/i bersetuju bahawa mereka pernah menggunakan mana-mana kemudahan yang disediakan setelah mendapat maklumat daripada atlet yang lain.Oleh itu, Mahasiswa perlu peka terhadap kemudahan infrastruktur yang disediakan dan memanfaatkannya demi meningkatkan lagi program pembangunan sukan atlet.
Sosioemosi – Kemahiran sosial di UKM
Mahasiswa mengetahui infrastruktur sukan melalui jurulatih kerana jurulatih mereka menekankan penggunaan infrastruktur sukan yang moden dan jurulatih ada menceritakan kepentingan infrastruktur sukan yang moden kepada atlet sendiri semasa waktu latihan dan training. Jurulatih ada juga memberi maklumat berkenaan infrastruktur yang ada disediakan di UKM sendiri.




Adaptasi Pengajaran

Kandungan

Pihak UKM ada mendedahkan maklumat mengenai infrastruktur sukan yang disediakan kepada atlet dan pusat sukan juga ada mengetengahkan kepentingan infrastruktur dalam program pembangunan sukan atlet.
Media
Mahasiswa tidak pasti masa yang sesuai bagi mereka untuk menggunakan kemudahan sukan yang mereka perlukan. Namun begitu, Pusat Sukan UKM ada menampalkan/mempamerkan maklumat mengenai Jadual penggunaan alatan sukan papan kenyataan dan laman sesawang bagi tujuan  mahasiswa mendapat mendapat input yang lebih mengenai kemudahan infrastruktur sukan tersebut.

Adaptasi Penilaian
Penilaian
Pelajar terdedah kepada kemudahan infrastruktur  kerana pusat sukan pernah program yang berkaitan dengan pembangunan sukan atlet dan program tersebut dapat menarik minat para atlet. Hasil daripada program-program yang diadakan oleh pusat sukan tersebut, mahasiswa bersetuju dan berpendapat bahawa kemudahan infrastruktur yang ada di UKM masih agak lemah dan perlu ditambah dan diperbaiki  dari masa ke semasa  untuk menjamin pembangunan sukan atlet yang terbaik.Oleh itu, Pihak UKM perlulah peka terhadap keperluan ini.




9.0  Penutup
Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa/i mempunyai persepsi bahawa kemudahan infrastruktur sangat penting pada masa kini dan mereka tahu bahawa dengan adanya kemudahan infrastruktur yang disediakan kepada atlet secara langsung dapat meningkatkan mutu sukan para atlit tersebut. Mahasiswa mempunyai persepsi bahawa sesoarang atlet mampu meningkatkan prestasi sukan mereka sekiranya mendapat latihan yang sempurna.

Pelajar juga berpendapat bahawa kekurangan pengetahuan tentang penggunaan kemudahan infrastruktur akan menjejaskan prestasi sukan mereka Mahasiswa/i sangat bersetuju bahawa atlet yang mengikuti program pembangunan sukan atlet mampu meningkatkan kecergasan fizikal mereka untuk bersaing dengan atlet luar. Oleh itu, mereka sedar bahawa pentingnya kemudahan infrastuktur yang lengkap dalam program pembangunan sukan atlet. Hal ini akan memberi kelebihan dan manfaat kepada diri mereka seterusnya dapat membantu meningkatkan mutu sukan di Universiti dan seterusnya Negara ini. Para mahasiawa/i juga mengharapkan agar proram pembangunan sukan atlet ini dijalankan secara berterusan dengan menyediakan kemudah infrastruktur yang moden.
            Mahasiswa/i sangat bersetuju bahawa sebagai seorang atlet, mereka perlu berlatih dengan menggunakan kenudahan infrastuktur sukan yang lengkap. Walaupun begitu, mereka tidak pasti sama ada pihak UKM memberikan keutamaan terhadap kemudahan infrastrutur sukan. Namun mahasiswa/i bersetuju bahawa mereka pernah menggunakan kemudahan infrastruktur dalam sukan dan mereka berpendapat bahawa masih terdapat banyak infrastruktur sukan yang kurang. Oleh itu, pihak UKM sepatutnya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini agar misi program pembangunan sukan altlet tercapai.

10.0          Sumber

·         Jurnal : Author: Alter, Chester M.
Title: Final report submitted to the National University of Malaysia / Chester M. Alter
·         Jurnal : Author: Sulong Mohamad.
Title: Perancangan kemudahan awam dan infrastruktur sosial : konsep, prinsip dan amalan / Sulong Mohamad.
·         Jurnal : Author : Keehan, Alyssa S. (2009).
Title : Managing Risk in College Athelicts. The Chronicle og Higher Education (Nov 22, 2009)
·         Jurnal : Author : Hassan, A. (2009).
Title : Instrumen Penilaian pembimbing dalam perlaksanaan pembelajaran berasaskan kerja (PBK) Pelajar di industri Univ Teknologi Malaysia, Thesis PhD
·         Anizah Abdul Razak (2002), "Penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dan sehubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Satu tinjauan ke atas Pelajar Diploma dan Sarjana Muda KUiTTHO." Batu Pahat : UTHM

  

11.0          Lampiran

Borang Soal Selidik



Saudara/Saudari Yang Dihormati,
Tahniah kerana saudara/saudari telah terpilih sebagai peserta dalam kajian saya bertajuk Kemudahan Infrastruktur dalam Pembangunan Atlet. Kajian ini dilaksanakan bertujuan  untuk mendapatkan maklumat berkaitan kemudahan infrastruktur yang digunakan oleh pihak UKM dalam meningkatkan prestasi atlet dalam sukan. Maklumat yang saudara/i berikan amat berguna untuk kami membuat kesimpulan mengenai tahap kemudahan infrastruktur dalam pembangunan atlet UKM. Tujuan kajian ini juga selaras dengan arah tuju kursus GGGB 2153 Teknologi Pendidikan.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama saudara/saudari kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan soal selidik ini. Saya berharap saudara/saudari akan menjawab semua soalan dengan jujur. Tidak ada jawapan yang betul atau salah. Saudara/i tidak perlu mendapat pandangan daripada sesiapa mengenai jawapan yang sebenar. Semua maklumat diri dan jawapan saudara/i akan  dirahsiakan. Maklumat-maklumat dan jawapan yang diberikan hanya digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
PELAJAR SUKAN DAN REKREASI, TAHUN 2
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor.


BAHAGIAN  A – (Latar Belakang Responden)
  1. Jantina
o   Lelaki
o   Perempuan
  1. Umur
  2. Kaum
o   Melayu
o   Cina
o   India
o   Lain-lain
  1. Bidang sukan yang diceburi ____________________




















BAHAGIAN B - (PERSEPSI MAHASISWA/I TERHADAP KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR YANG TERDAPAT DI UKM)
ARAHAN :Sila jawab bahagian B dengan menandakan (√ ) berpandukan skala di bawah.
  1. Ya
  2. Tidak


  1. Adakah anda bersetuju bahawa peralatan sukan di Pusat Sukan UKM mencukupi

YA

TIDAK


2. Peralatan sukan di Pusat Sukan UKM mudah untuk diperolehi

YA

TIDAK


  1. Keselamatan menggunakan kemudahan infrastruktur sukan di UKM adalah terjamin
YA

TIDAK


  1. Kemudahan infrastruktur sukan di UKM berkait rapat dengan prestasi atlet
YA

TIDAK


  1. Kekurangan kemudahan infrastruktur sukan di UKM menjejaskan prestasi atlet
YA

TIDAK


  1. Pernahkah anda menggunakan kemudahan infrastuktur sukan yang disediakan

YA

TIDAK




2 comments:

  1. link 12bet Archives - Vie Casino
    View the latest news and photos at Vie Casino - the world's biggest rb88 online gambling site. All 188bet rights reserved. Search for the latest link 12bet News from Vie Casino.

    ReplyDelete
  2. Casino | The Trick to Winning at the Casino - TrickTactoe
    You can find information on the casino 해외 야구 games to play, You can also see that the player หารายได้เสริม with the highest 일문공 우회접속 score is always at least 파워볼 구간 분석 벳무브 5 영국 스포츠토토 벳피스트 points, a

    ReplyDelete